Bahasa Kreol merupakan bahasa yang sudah menjadi
bahasa ibuanda serta merupakan bahasa pertama bagi sesebuah keluarga ataupun
kelompoknya. Penggunaan bahasa ini tidak terbatas kepada kelompoknya sahaja,
malah turut juga ditiru sebutannya oleh masyarakat Melayu yang hidup bersama
kelompok penutur tersebut. Menurut R.A. Hudson (1983: 66), menyatakan bahawa
bahasa kreol adalah daripada bahasa pidgin yang telah diterima sebagai
bahasa natif. Manakala Peter Trudgill pula mendefinisikan bahasa kreol
sebagai bahasa pidgin yang telah mempunyai penutur-penutur yang menukarkannya
sebagai pertama, seperti yang tersebut dalam bukunya yang telah diterjemahkan
oleh Nik Safiah Karim (1984: 234) “Sosiolinguistik Satu Pengenalan”.
“Bahasa Kreol ialah bahasa yang bukan
berasal daripada bahasa tempatan sesebuah negara tetapi datang dari luar.
Ia telah begitu lama digunakan dan menerima unsur-unsur bahasa tempatan.
Bahasa itu kemudiannya menjadi bahasa natif atau bahasa ibunda bagi kelompok
penutur dalam masyarakat berkenaan.”
(Raminah Hj. Sabran
& Rahim Syam 1985: 250)
Sementara
Asmah Haji Omar (1991: 28) pula berpendapat bahawa bahasa kreol adalah
bahasa kacukan yang sudah mantap, yang merupakan kacukan daripada sekurang-kurangnya
dua bahasa. Daripada penerangan dan petikan tersebut, dapatlah disimpulkan
bahawa bahasa kreol adalah asalnya daripada bahasa pidgin atau bahasa lingua
franca yang telah diterima masuk ke dalam bahasa tempatan dan telah diterima
sebagai bahasa pertama mereka. Para pengkaji tempatan juga bersetuju dengan
pendapat bahawa bahasa kreol bukanlah bahasa pidgin atau bahasa tempatan
tetapi bahasa kreol itu adalah bahasanya yang tersendiri dengan mempunyai
ciri-ciri yang tersendiri juga.
Terdapat
banyak faktor yang menyebabkan wujudnya bahasa kreol dalam masyarakat di
Malaysia. Berdasarkan analisis yang dibuat dengan rujukan terperinci mengenai
bahasa kreol ini dapatlah dikupas beberapa faktor yang telah mempengaruhi
kewujudan bahasa kreol itu sendiri, antara yang terpenting merupakan faktor
geografi, faktor perkahwinan, faktor perniagaan dan juga faktor pembeza.
Penelitian
daripada aspek geografi ini ditinjau kerana setiap kawasan terdapat dialek
yang berbeza. Maka apabila bahasa ini dipertemukan di satu tempat akan
mengalami percampuran atau lebih dikenali dengan istilah kacukan.
Pada asalnya bahasa Baba merupakan bahasa pidgin iaitu bahasa kacukan antara
bahasa Melayu dengan bahasa Cina yang bersifat sementara. Namun akhirnya
bahasa Baba berubah menjadi bahasa Kreol apabila bahasa kacukan ini menjadi
bahasa pertuturan bagi masyarakat Baba-Nyonya. Kewujudan bahasa kreol ini
adalah akibat dari pertembungan bahasa atau budaya yang terdiri dari faktor
geografi yang berlainan seperti bahasa Cina dan bahasa Melayu yang telah
berlaku semenjak dahulu lagi.
Faktor
perkahwinan juga merupakan faktor terpenting yang menyebabkan wujudnya
bahasa kreol. Perhatian terhadap bahasa kreol Baba-Nyonya menjelaskan bahawa
masyarakat itu adalah terdiri daripada Cina Hokkien, namun kewujudan Baba-Nyonya
ini dipercayai hasil daripada perkahwinan di antara perempuan Hindu Chitty
dengan lelaki Cina. Namun demikian generasi yang lahir ini berkahwin lagi
dengan kaum Cina. Namun begitu mereka tetap menggunakan bahasa Melayu yang
dipengaruhi bahasa Cina.
Nik
Safiah Karim telah menterjemahkan buku yang ditulis oleh Peter Trudgill
dalam bukunya “Sosiolinguistik Satu Pengenalan” seperti berikut:
a) Pengguguran kopula tidak adalah tidak berlaku
dalam
dialek-dialek British.
b) Ciri pengguguran kopula adalah satu ciri bahasa
kreol Inggeris
yang dituturkan oleh
orang Negro di daerah Caribean, dan
c) Ciri ini lebih umum dalam pertuturan orang
kulit putih dengan
orang kulit hitam.
(Peter Trudgill, 1984:91)
Bahasa
Kreol mempunyai cirinya yang tersendiri, menurut Nik Safiah Karim dalam
bukunya “Sosiolinguistik Satu Pengenalan”, beliau menyatakan bahawa bahasa
kreol ini mempunyai lingua franca kerana dituturkan oleh beberapa kumpulan
dalam situasi dan konteks mereka sendiri.
“Keadaan bertambah sulit apabila bahasa
Djuka iaitu antara bahasa kreol yang paling terkenal juga dituturkan dalam
bentuk pidgin sebagai lingua franca oleh beberapa kumpulan orang Dayak
Amerika yang tinggal di situ.”
Bahasa
Kreol juga mempunyai ciri kemasukan unsur-unsur kesalahan, jika diteliti
terhadap bahasa Baba dan Nyonya didapati bahawa bahasa ini banyak dipinjam
daripada bahasa Cina terutamanya bahasa Hokkien. Dengan demikian, kebanyakan
perkataanya mempunyai penyebutan bunyi yang hampir sama dengan bahasa Hokkien.
Contohnya:
Perkataan : Sebutan
Lauteng :
Lau-teng
Teko :
Te-ko
Kuchai :
Ku-chai
Kueh Tiau : Kutiau
Namun
begitu makna perkataan tersebut tidak lari daripada makna yang terdapat
dalam bahasa Melayu. Namun begitu makna perkataan tersebut tidak lari daripada
makna yang terdapat dalam bahasa Melayu. Misalnya ayat bahasa Melayu dibandingkan
dengan bahasa Baba dan Nyonya. Cuma unsur tatabahasa adalah tidak tepat
jika ditinjau dari sudut bahasa Melayu. Contohnya:
Saya mahu masak nasi. (Ayat bahasa Melayu)
Gua mo masak nasik. (Ayat Baba Nyonya)
Jika
kita tinjau bahasa kreol Baba-Nyonya kita akan mendapati bahawa tatabahasa
adalah suatu bidang yang amat tidak dititikberatkan dalam penggunaan bahasa
kreol.
“Bahasa Melayu Baba (bahasa kreol Baba-Nyonya)
tidak terdapat tatabahasa tertentu kerana mereka tidak menunjukkan minat
dalam mempelajarinya walaupun sudah lebih 400 tahun berada di Nusantara
ini.”
(Shellabear, 1913: 53)
Biasanya
struktur ayat yang mereka gunakan adalah lebih banyak dipengaruhi oleh
struktur bahasa Cina. Selain itu mereka juga mempunyai kod bahasa yang
dinamakan “cakap terbalik” ataupun “bahasa terbalik”.
Sebagai
kesimpulannya, pengkajian terhadap bahasa kreol ini dalam beberapa tempat
di benua tertentu telah menggambarkan dengan jelas mengenai kewujudannya.
Bahasa kreol telah berperanan sebagai bahasa komunikasi yang berguna kepada
penuturnya umpama perhubungan dengan “jalan tengah” yang mana disesuaikan
antara bahasa asal usul mereka dengan bahasa masyarakat setempat. Dari
kelainan itulah akan dikenali sebagai kreol. Kreol telah memberi
sumbangan yang berguna sebagai bahasa penuturan dan telah memainkan peranan
berfungsi untuk mengeratkan perhubungan masyarakat penuturnya. Kemungkinan
penggunaan bahasa kreol ini akan berkembang ataupun lenyap adalah sepenuhnya
bergantung kepada kesetiaan penuturnya.