Batu yang menyebabkan pintu neraka tertutup
Ada
seorang lelaki yang sedang wukuf di padang Arafah. Di tangannya ada 7 ketul
batu sebagai kesaksian terhadap Allah dan Rasulnya. Menjelang tidurnya,
lelaki itu mengucapkan dua kalimah syahadat.
Dalam tidurnya, lelakinya itu
bermimpi seakan-akan telah menjadi kiamat. Dia telah dihisap dan amalannya
ditimbang. Nampaknya dalam mimpinya itu amal kejahatanya lebih banyak daripada
amal kebaikannya sehingga dia dihukumkan masuk ke neraka.
Jelas sekali dia lihat dalam mimpinya
itu bahawa dia diiring malaikat manuju kearah neraka. Malaikat bahagian
tukang seksa sudah bermaksud mencampakkannya ke dalam neraka tetapi tidak
sanggup kerana ditangannya ada batu ketika melakukan wukuf.
Kemudian malaikat pun mengheretnya
kepintu neraka yang lain. Sekali lagi malaikat tidak sanggup melemparkannya
ke dalam neraka kerana batu yang ada dalam genggamannya itu. Begitulah
seterusnya sampai 7 pintu neraka tetap menutupnya.
Kemudian malaikat itu membawanya ke
bawah arasy. Malaikat itu melaporkan kepada Allah: “ya Allah, kami tidak
mampu melemparkan hamba-Mu yang satu ini kedalam neraka. Tentulah engkau
lebih tahu akan urusan hamba-Mu ini.”
Maka berkatalah allah swt kepada lalaki
itu: “Wahai hamba-ku, batu-batu yang engkau gunakan untuk bersaksi bahawa
tiada tuhan ymelainkan Allah dan Muhammad rasulullah sewaktu engkau menjalankan
ibadah wukuf itulah yang menolongmu. Ia tidak mesia-siakan hakmu. Aku juga
menyaksikansyahadat itu.”kemudian Allah S.W.T berfirman kepada malaikat
itu. Wahai malaikat, bawalah hamba-ku ini ke dalam syurga!”.
Ketika lelaki itu dibawa ke syurga,
pintunya sedang tertutup rapat. Maka datanglah persaksian Lailah Illallah
yang menyebabkan pintu surga terbuka dan masuklaah lelaki itu ke dalamnya. |