Menu Utama
 

SEJARAH BAHASA MELAYU

      Asal Usul Bahasa Melayu
      Asal usul bahasa Melayu perlulah dihubungkaitkan dengan asal usul bangsa Melayu. Bangsa Melayu iaitu penutur asli bahasa Melayu, tetapi asal usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Walau bagaimanapun latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek moyang orang-orang Melayu dapat diketahui secara kasar melalui beberapa kajian.

      Terdapat dua teori yang mengatakan bahawa asal usul penutur-penutur bahasa Melayu berasal dari utara Asia Tengah yang menggunakan bahasa Austronesia . Mereka datang dari daerah Yunan dan menduduki wilayah Asia Tenggara sejak tahun 2500 sebelum Masihi, iaitu golongan pertama yang dikenali Melayu Proto. Kemudian pada tahun 1500 sebelum Masihi golongan kedua yang disebut Melayu Deutro yang telah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara.

      Masyarakat Austronesia telah berkembang luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik.Mereka juga telah memperkembangkan tiap-tiap bahasa ke daerah masing-masing. Walaupun penggunaan bahasa-bahasa itu berlainan tetapi ada persamaannya.. Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu keluarga bahasa besar yang bernama - bahasa Austris. Di samping rumpun Austronesia, terdapat dua rumpun yang lain, iaitu bahasa-bahasa Austroasia dan Tibet-Cina.

      Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat, iaitu

        1. Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu atau Nusantara
        2. Bahasa-bahasa Polenesia, antaranya bahasa-bahasa Hawaii, Tonga dan Maori.
        3. Bahasa-bahasa Melenesia, antaranya bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, New Caledonia dan Iran.
        4. Bahasa-bahasa Mikronesia, antaranya bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Mashall, Carolina dan Gilbert.
      Rumusannya dapatlah dikategorikan bahawa bahasa Melayu tergolong ke dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia. Cabang Nusantara mempunyai kira-kira 200-300 bahasa.Bahasa-bahasa ini pula dibahagikan kepada golongan tertentu, seperti yang berikut:
        1. Golongan Filipina: antaranya Tagalog, Iloko, Bikol, Bisaya, Sulu, Palau danTombulu.
        2. Golongan Sumatera: antaranya Aceh, bahasa-bahasa Batak (Karo, Toba, Angkola-Mendailing, dan sebagainya), minangkabau,Melayu, Nias, Lampung, dan orang laut.
        3. Golongan Jawa: iaitu Sunda, Jawa, dan Madura.
        4. Golongan Kalimantan:antaranya Iban, Kenya-Kayan, dan Melanau.
        5. Golongan Bali-Sasak: iaitu Bali, Sasak, dan Sumbawa.
        6. Golongan Gorontalo: iaitu Bulanga, Kaidipan, Gorontalo, dan Buol.
        7. Golongan Tomini: antaranya Tomini, Tolitoli, Tinombo, Umalasa, dan Dampelasa.
        8. Golongan Toraja: antaranya Kaili, Bare'e, dan Wotu.
        9. Golongan Loinang: antaranya Loinang dan Banggai.
        10. Golongan Bunku-Laki: antaranya Laki, Landawe, Mori, dan Mapute.
        11. Golongan Sulawesi Selatan: antaranya Makasar, Bugis, dan Seko.
        12. Golongan Muna-Butung: antaranya Muna-Butung, Butung Selatan, Kerompa, dan Wolio.
        13. Golongan Bima-Sumba: antaranya Bima, Manggarai, Timur, Alor, Roti, Solor, Kro'e, dan Kupang.
        14. Golongan Ambon-Timur: antaranya Kai, Tanimber, Aru, Wetar, Bura, Goram, dan Bandar
        15. Golongan Sula-Bacon: antaranya dialek-dialek Taliabo, dialek-dialek Sula, dan bahasa Bacon.
        16. Golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya: antaranya Halmahera Selatan, Nufur, dan Kowiai.

    Kajian

    1. R.H.Geldern, seorang ahli prasejarah dari Wien, Austria membuat kajian ke atas kapak-kapak tuan (beliung batu) di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Sungai Irrawady, Sungai Salween, Sungai Yangtze dan Sungai Hwang telah dibawa oleh orang-orang Asia Tengah ke pulauan Melayu ini. Teori ini lemah dan ditolak kerana kapak-kapak ini telah dijumpai di Amerika dan Eropah pada zaman yang sama.
    2. J.H.C.Kern (1889), seorang ahli bahasa Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Astronesia yang lain. Beliau mengkaji beberapa perkataan yang digunakan seharian, antaranya padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan dan ubi. Perkataan-perkataan ini telah digunakan di pulau Madagaskar, Filipina, Taiwan dan beberapa pulau lain di Lautan Pasifik. Rumusannya bahasa Melayu adalah berasal daripada satu bahasa induk yang ada di Asia.
    3. William Marsden (1843), dalam kajiannya mendapati bahasa Melayu termasuk ke dalam rumpun bahasa Nusantara. Ia serumpun dengan bahasa Mikronesia, Melanesia dan polinesia dengan induknya bahasa Austronesia.Penyebaran bahasa Austronesia berlaku di bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi) danselatan Asaia (kawasan Nusantara) dan tidak termasuk ke wilayah Asia Tengah.
    4. E. Aymonier dan A. Cabaton, mendapati bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia.
    5. Hamy, berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa adalah warisan bahasa benua.
    6. W. Humbolt, pula berpendapat bahasa Melayu terutamanya bahasa Jawa banyak menggunakan bahasa Sanskrit.

    7. J.Reinhold Foster (1880), mendapati pembentukan kata bahasa Melayu dan bahasa Polinesia ada persamaan . Kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa Melayu Polinesia Purba. 

|| Halaman Utama || Biodata || Album || Persahabatan || Link Pilihan ||
|| Java || Falsafah & Renungan || E-mail || Penghargaan ||