Make your own free website on Tripod.com
 

Hai Dunia! 

Terkumpul  di dalammu segala kenikmatan dan kemewahan 
Tapi apa gunanya 
Kepadaku semuanya sama, tiada perbezaan atau kelebihan 
Apa gunanya kemewahan jika bukan milikku 
Apa gunanya kemewahan jika tidak dapat olehku 
Biarlah ia hilang lenyap kerana tak ada perlunya untukku 
Bukan kerana dengki tapi takkan ada bezanya kepadaku 
Kerana hidup ini hanyalah sementara 
Matlamatku hanya penghidupan yang abadi di syurga. 
 

 

Batu yang menyebabkan pintu neraka tertutup 

  Ada seorang lelaki yang sedang wukuf di padang Arafah. Di tangannya ada 7 ketul batu sebagai kesaksian terhadap Allah dan Rasulnya. Menjelang tidurnya, lelaki itu mengucapkan dua kalimah syahadat. 
   Dalam tidurnya, lelakinya itu bermimpi seakan-akan telah menjadi kiamat. Dia telah dihisap dan amalannya ditimbang. Nampaknya dalam mimpinya itu amal kejahatanya lebih banyak daripada amal kebaikannya sehingga dia dihukumkan masuk ke neraka. 
  Jelas sekali dia lihat dalam mimpinya itu bahawa dia diiring malaikat manuju kearah neraka. Malaikat bahagian tukang seksa sudah bermaksud mencampakkannya ke dalam neraka tetapi tidak sanggup kerana ditangannya ada batu ketika melakukan wukuf. 
  Kemudian malaikat pun mengheretnya kepintu neraka yang lain. Sekali lagi malaikat tidak sanggup melemparkannya ke dalam neraka kerana batu yang ada dalam genggamannya itu. Begitulah seterusnya sampai 7 pintu neraka tetap menutupnya. 
  Kemudian malaikat itu membawanya ke bawah arasy. Malaikat itu melaporkan kepada Allah: “ya Allah, kami tidak mampu melemparkan hamba-Mu yang satu ini kedalam neraka. Tentulah engkau lebih tahu akan urusan hamba-Mu ini.”  
  Maka berkatalah allah swt kepada lalaki itu: “Wahai hamba-ku, batu-batu yang engkau gunakan untuk bersaksi bahawa tiada tuhan ymelainkan Allah dan Muhammad rasulullah sewaktu engkau menjalankan ibadah wukuf itulah yang menolongmu. Ia tidak mesia-siakan hakmu. Aku juga menyaksikansyahadat itu.”kemudian Allah S.W.T berfirman kepada malaikat itu. Wahai malaikat, bawalah hamba-ku ini ke dalam syurga!”. 
  Ketika lelaki itu dibawa ke syurga, pintunya sedang tertutup rapat. Maka datanglah persaksian Lailah Illallah yang menyebabkan pintu surga terbuka dan masuklaah lelaki itu ke dalamnya.

 
|| Halaman Utama || Biodata || Album || Persahabatan || Laman Ilmu || Link Pilihan || Java || E-mail || Penghargaan ||